Dalam hubungan pertunangan pasti wujudnya perbezaan pendapat, pertengkaran dan salah faham. Apa yang penting adalah jangan dibiarkan perkara-perkara itu merintangi kemesraan dengan pasangan.Kemesraan adalah komponen penting dalam hubungan emosi pertunangan. Seiring dengan meningkatnya usia perhubungan, kemesraan dan romantisme semasa bercinta dulu seringkali ikut memudar. Jika dibiarkan, lama-kelamaan ikatan pertunangan akan terasa gersang.Lantas itu, kita harus mencari penyelesaian bagi terus memelihara kemesraan dalam perpertunangan. Walaupun ada kesulitan untuk mempraktikkannya, jangan mudah menyerah kalah. Berikut ada beberapa petua yang boleh diamalkan.
1. Jangan biarkan semua hal dalam kehidupan terasa begitu biasa. Wujudkan rasa misteri atau membuat sesuatu kejutan kerana ini akan membuat pasangan terus menduga-duga saat bersama kita. Suasana kelainan akan muncul dan memberi satu rasa yang baru dalam hubungan yang semakin mendatar itu.
2. Cuba lakukan sesuatu yang baru setiap hari. Perkara ini nampak susah tetapi tidak mustahil. Misalnya bawa pasangan mengunjungi sebuah restoran baru atau sekadar berbelanja bulanan di kedai yang berlainan. Aktiviti itu sudah cukup untuk mengusir rasa jenuh yang sedang dialami.
3. Berikan waktu untuk berdua-duaan dengan pasangan, sekurang-kuranya 30 minit setiap hari. Gunakan waktu itu untuk saling berbicara dan bertukar perasaan.
4. Saling buat kejutan supaya hubungan kita tidak monoton, mulai dari belajar membuatkan masakan kesukaannya hingga mengirimi si dia SMS mesra.
5. Jangan tinggalkan hobi bersama-sama seperti menonton wayang, berjalan-jalan di taman … Lakukannya sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment