Cemburu itu hadir apabila kita takut kehilangan pasangan, ketika kita merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasih dan bila kita kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangan.
Tetapi tahukah cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam perhubungan?Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam pelbagai cara.
Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra pasangan mungkin langsung enggan kekal lama dgnkita yang terlalu cemburu.
Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan keserasian. Kalau ia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan membantutkan keserasian.
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment